Sunday, February 3, 2008

Mahkota Dewa

Di sini saya baru sahaja membina blog mahkota dewa. Jika anda ingin mengetahui mengenai mahkota dewa bolehlah melayari blog saya di Rahsia Mahkota Dewa

Friday, January 18, 2008

Beri salam yang betul

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"dengan "Akum" dalam sms.



Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms.



Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang2 Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.



So, mulai sekarang jika ader org hantar shortform "A'kum", kita nasihatlah dia guna "Salam" kerna salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.



Semoga ada manfaatnya

Peringatan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

(mesej dari sahabat)

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ......

Assalamualaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yan g ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an".
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yan g tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yan g cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembah yang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yan g masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yan g hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil ber fikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yan g banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Video Game Yang Menghina Islam

(Daripada sahabat saya)

Ni ade sikit info tentang game2 yang menghina Islam...so bagi peminat2 games tu...hati2lah ye...

Video game yg menghina agama Islam; Bacalah!

game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina islam

1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
[dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal di
akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi
ayat yg aku dah luper.....

2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar..
Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD..

3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)

Sponsor